Video

Video Mengajar PK Tahun 3





Sesi pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 3 . Beginilah keadaan kelas ketika sesi pengajaran sedang dijalankan . Murid-murid begitu memberikan tumpuan dan respond yang amat baik ketika saya sedang mengajar . Mereka juga memahami subjek ini dan objektif pembelajaran telah tercapai .


Aiman Boleh

Diterbitkan pada 07/11/2012
Penyertaan julung kali SK Kuala , Papar dalam Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2012 .

Aiman Boleh mengisahkan mengenai seorang murid yang hampir kehilangan keyakinan diri dalam meneruskan pembelajarannya . Setiap hari selepas tamat waktu persekolahan , Aiman akan membantu melakukan kerja-kerja di jeti milik ayahnya . Rutin hariannya ini telah menyebabkan Aiman terlalu letih untuk mengulangkaji pelajarannya . Namun , berbekalkan semangat yang baru , Aiman mengenepikan keletihannya dan berusaha untuk mengulangkaji pelajaran .

Terima kasih kepada semua yang terlibat . Insha Allah , SK Kuala akan terus menghasilkan filem pendek pada festival yang mendatang , amin .




Sajak Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahum katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu , guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


USMAN AWANG
1979






No comments:

Post a Comment