Kongsi Ilmu


Pembelajaran Konstrutivisme

Konsep :
  • Pelajar belajar dan bina diri sendiri pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka .
  • Satu fahaman bahawa murid bina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau konsep berdasarkan kepadapengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekeliling .

Peranan Murid :
  • Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu . Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah .
  • Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka . Perbincangan itu membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka . Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain , murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham .
  • Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan . Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melaluli perbincangan dalam kumpulan .
  • Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal , manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan .

Peranan Guru :
  • Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka .
  • Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid . 
  • Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka .
  • Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis .
  • Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian , menganalisis , meramal , meneroka dan membuat hipotesis .
  • Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain .
  • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan .
  • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkitan antara idea-idea yang telah dijanakan .
  • Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan terrtentu .

Cabaran Kepada Guru : 
  • Guru merasa tidak mengajar .
  • Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik .
  • Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi . Kawalan kelas agak merosot .
  • Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah . 




Pembelajaran misteri 

Konsep Pembelajaran Masteri (PM)
  • PM suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya . Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti .
  • Suatu pendekatan P&P yang memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran yang seterusnya . 
Prinsip Asas PM :
  • Murid normal
  • Unit pembelajaran 
  • Masa mencukupi
  • Arahan jelas





Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Definasi Kurikulum
  • Menurut Ornstein dan Hunkin (1988) , kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati .
  • Manakala menurut Mohd Daud (1995) , kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu .
  • Kamus Dewan Edisi Keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senari kesemua mata pelajaran di sekolah .
Definisi Standard 
  • Definisi standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai sesuatu yang dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain .
Keperluan Perubahan 
  • Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan .
  • Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dangan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah .
  • Pada tahun 1993 , Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan .
  • KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) .
  • KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) .
  • Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni .
  • Matlamat PIPP adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat , menguasai ilmu pengetahuan , kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni .
  • KSSR merupakan satu transformasi pendidikan , iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk , organisasi , kandungan , pedagogi , peruntukan masa , kaedah pentaksiran , bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah .
  • KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 . Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Tan Sri Alimuddin Mihd Dom , KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR .
  • Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009 , sebanyak 500 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR . Daripada 500 buah sekolah itu , 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran , manakala bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja .
Organisasi KSSR
  • KSSR digubal dalam 2 bentuk :
  • Standard Kandungan 
  • Standard Pembelajaran 
  • Perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan 




                  TEORI-TEORI PEMBELAJARAN


  Teori Behaviouris:
·      Teori Behaviorisme juga dikenali sebagai mazhab behavioris.
·      diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.
·      menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku murid sama ada baik atau sebaliknya.
·      Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.
·      Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian.
·      Parlov, Thorndike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan) dengan tindak balas organisma.
·      Rumusannya;
·                    Perubahan tingkah laku
·                    Perolehan tabiat dan sikap
·                    Berlandaskan teori
·                    Tindak balas terhadap rangsangan
·                    Pembelajaran melalui pelaziman
·                    Tingkah laku luaran
·                    Dipengaruhi oleh peneguhan
·                    2 jenis;
-pelaziman klasik
-pelaziman operan

Prinsip teori tingkah laku:
·           Murid terlibat dengan aktif
·           Bahan disusun dalam urutan
·           Maklum balas secara langsung
·           Berikan ganjaran dan motivasi


    7 Elemen utama behaviouris:
·           Menarik perhatian murid
·           Objektif perlu jelas
·           Rangsang proses ingat semula
·           Bahan yang merangsang
·           Bimbingan berterusan
·           Ada tugasan dan soalan
·           Buat penilaian


 Konsep Pelaziman Klasik Ivan Pavlov;
o   Generalisasi
o   Diskriminasi
o   Penghapusan



  Prinsip Pembelajaran Pavlov;
·      Kaitkan tugasan dengan pengalaman
·      Kaitkan tajuk dengan rangsangan dan tindak balas
·      Kukuhkan rangsangan dengan latihan
·      Perlukan motivasi
·      Kata kunci teori ini ialah pembelajaran melalui perkaitan.
·      setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas
·      pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas


 Konsep Pelaziman Operan Thorndike;
·      Pembelajaran melalui R-G
·      Pelaziman berlaku bila ada rangsangan
·      Hukum pembelajaran
-Hukum kesediaan
-Hukum latihan
-Hukum kesan

·         pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf antara situasi dengan gerak balas.


           implikasi teori Pembelajaran Thorndike terhadap pembelajaran;
·      untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan
·      pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya
·      konsep hukum kesediaan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah
·      guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid menikmati kejayaan agar mereka terus terdorong untuk belajar
·      latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran
·      untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai
·      mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan
·      memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada murid


  Konsep Pelaziman Operan Skinner;
·           Pembelajaran berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas berulang
·           Kemukakan konsep pengukuhan
-pengukuhan  positif
-pengukuhan negatif

 Aplikasi Pembelajaran Skinner;

·      pemberian peneguhan positif apabila murid melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik.
·      ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur murid.
·      wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
·      guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada murid kerana mereka mungkin akan dianggap sebagai hukuman.
·      gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman.
·      guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.

ImpIikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran danPembelajaran

·      Gerak balas positif dapat dipupuk·      Pengulangan akan mengukuhkan ingatan·      Perkaitan membantu membina konsep·      Satu rangsangan yang diganti rangsangan lain  membantu membina konsep (rangsangan terlazim )·      Pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran  menghasilkan tindak balas terlazim·      Membimbing membuat generalisasi dengan tepat dan perkaitan pelbagai contoh·      Kemahiran membuat diskriminasi·      Latihan perlu diberikan untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim
·      Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan berterusan ( Dikekalkan /dikukuhkan )·      Penggunaan peneguhan positif membawa kepada keseronokan·      Prinsip penghapusan ( pelaziman operan) adalah sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku·      Membantu murid menguasai konsep diskriminasi·      ( pelaziman operan ) memperolehi ilmu dan kemahiran dengan tepat·      Menggunakan prinsip Jadual peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan



Teori Kognitif;
· ahli-ahli psikologi kognitif yang terkenal dengan teori ini adalah seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel.
· Pembelajaran melalui proses penyelesaian masalah dan celik akal
· Proses mental yang aktif
· tidak bersetuju dengan teori stimuli-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang
· Hasilkan Teori Pembelajaran Gestalt
· Pembelajaran libatkan 2 proses;
-persepsi
-penanggapan

Implikasi Teori Ausubel Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran


       Ketika mengajar, guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid-murid bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pengajaran yang disediakan.       Ausubel menekankan pembelajaran bermakna. Ini bermakna guru perlu berusaha ke arah membantu murid memahami sesuatu konsep, perkaitan antara isi pelajaran dengan pertalian antara pengalaman baru dengan pengalaman lama.       Guru digalakkan untuk menggunakan pembelajaran penemuan kerana ini melibatkan penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat dan sebagainya. Pembelajaran ini lebih kekal,bermakna dan menyeronokkan.


Implikasi Hierarki Pembelajaran Gagne Kepada Pembelajaran Murid;

       Proses pembelajaran bermula  daripada rangsangan luar.
       Bergantung kepada motivasi luaran dan dalaman.
       Fasa maklum balas adalah terpenting kerana fasa ini dapat mengukuhkan konsep ilmu yang diperolehi.
       Proses ini berkait rapat dengan konsep kesediaan, motivasi,pengamatan, penanggapan, ingatan dan lupaan dan pemindahan pembelajaran


 Teori Konstruktivis;
·      2 jenis;
·      Dipopularkan oleh Piaget
·      2 jenis;
-kognitif
-sosial

Implikasi Teori Pembelajaran Konstruktivis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran;

     Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan respon murid serta menggalakkan mereka untuk menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat yang diterima.
     Penilaian adalah sebahagian proses pembelajaran. Oleh itu, murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan kemajuan masing-masing


 Teori Kognitif Jean Piaget;
·      Kognitif berkembang dengan pembesaran kanak-kanak
·      Penekanan kepada;
-proses dan peringkat
·      Proses;
-Asimilasi
-Akomodasi
·      Peringkat;
-sensorimotor
-pra operasional
-operasi konkrit
-operasi formal

Teori Kognitif Lee Vygotsky;
·      Proses penaakulan melalui interaksi sosial
·      Zon perkembangan proximal
-perkembangan sebenar
-perkembangan berpotensi

    Teori Pembelajaran Sosial;
· Pembelajaran melalui;
-proses permodelan
-pemerhatian
-peniruan
· Tingkah laku sosial;
-keagresifan
-persaingan
-peniruan mode


Teori Sosial Bandura;
· Pembelajaran melalui proses 4 proses;

-perhatian
-mengingat
-reproduksi
-peneguhan

·                                       ciri teori pemodelan Bandura adalah seperti berikut;

·      unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
·      tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan.
·      murid meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika mereka memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
·      proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.


                                             Pendekatan Humanistik;
· Kategorikan Pembelajaran kepada 2 jenis;

-pembelajaran kognitif yang tidak berguna
-pembelajaran eksperiential
· Pembelajaran bergantung kepada emosi
· Pentingkan peranan guru
· Murid perlu sokongan motivasi

Implikasi Teori Humanis Terhadap Proses Pembelajaran

  •  menitikberatkan perkembangan persendirian individu sosial yang sihat      programnya berorientasi penemuan dan tidak mementingkan pembelajaran resepsi (penerimaan).
  •     perasaan dan keinginan murid serta autonomi individu senatiasa dihormati
  •      matlamat utamanya ialah mencapai sempurna kendiri bagi setiap individu.
  •       lebih berpusatkan murid
  •       tidak begitu mengambil berat tentang metodologi pengajaran jika dibandingkan dengan hubungan secara peribadi mereka dengan murid serta peranan murid sebagai pembantu proses pengajaran dan pembelajaran.
  •    menggalakkan perkembangan psikologikal secara langsung dalam situasi pendidikan      meningkatkan motivasi, locus of control, pemikiran kreatif, kepekaan interpersonal, maruah diri, identiti kendiri dan aspek-aspek fungsional lain manusia.


         Bantu kanak-kanak perpendidikan khas;

· Bawa jumpa pakar
· Galakkan keistimewaan mereka
· Sabar
· Bantuan dalam pembelajaran
· Amalkan kasih sayang
· Lakukan aktiviti bersama
· Berikan kebebasan terbatas
· Ganjaran






4 comments:

  1. Sesuatu yang amat baik untuk dikongsi bersama . Harus diperbanyakkan lagi agar lebih ramai orang tahu tentang perkembangan ini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont forgot visit my blog again ok....
      Love you always..

      Delete